Pelajar terima 100 peranti bantu pembelajaran, 200 lagi bakal menyusul.

 Pelajar terima 100 peranti bantu pembelajaran, 200 lagi bakal menyusul.

Oleh Suraya Ali

Masjid Tanah, Feb 22 — Seramai 100 orang pelajar menerima peranti (Tablet Pintar) bagi membantu dalam proses pembelajaran norma baharu.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata inisiatif itu adalah bagi memastikan pelajar diluar bandar tidak tercicir dalam pembelajaran.

“Walaupun sekolah bakal dibuka semula, pelajar masih memerlukan peranti seperti ini bagi memudahkan mereka mengakses maklumat dan membuat latihan dalam talian,” katanya kepada Wacana.my hari ini.

Selain itu Mas Ermieyanti yang juga merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Masjid Tanah turut menyerahkah kad sim dan peralatan menulis kepada pelajar.

“Saya tidak mahu pelajar memberikan alasan tidak mempunyai kemudahan kerana walaupun tanpa peranti pintar ini pelajar masih dapat menggunakan fasiliti yang disediakan Kementerian Pendidikan melalui sekolah masing-masing, namun pihak kami akan cuba mencukupkan keperluan pelajar mengikut kemampuan kami,” katanya.

Tambah Mas Ermieyanti beliau berharap pelajar tidak menggunakan kekurangan keluarga sebagai alasan untuk tidak mengikuti pembelajaran dan tidak belajar bersungguh-sungguh.

” Dengan ilmu pendidikan yang ada mereka bakal mengubah nasib keluarga mereka dan kemiskinan bukan lagi alasan untuk tidak berjaya,” katanya.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan sumbangan tablet

Untuk rekod lebih 1800 keluarga memohon bantuan peranti pintar dari pejabat ahli parlimen Masjid Tanah namun setelah saringan dibuat hanya 700 pelajar yang benar-benar layak.

Jumaat lepas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 akan memulakan sesi persekolahan pada 1 Mac ini.

Sementara itu murid sekolah rendah Tahun 3 hingga 6 akan hadir ke sekolah mulai 8 Mac ini.

Bagi murid sekolah menengah kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini.

Murid Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) akan memulakan pengajian pada 1 Mac ini.

Sekolah swasta pula akan mengikuti jadual pembukaan sekolah kerajaan, mengikut kumpulan A atau kumpulan B.

Bagi sekolah antarabangsa dan IPS kategori pusat termasuk pusat tuisyen boleh dibuka bermula 8 Mac 2021.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

53  −  52  =