Pelajar sekolah tidak perlu uniform lengkap – Radzi Jidin

 Pelajar sekolah tidak perlu uniform lengkap – Radzi Jidin

MUAR, 2 Nov – Kementerian Pendidikan memberi peringatan kepada pihak sekolah agar memberi kelonggaran kepada pelajar dan murid yang hadir ke sekolah khususnya dalam aspek pemakaian.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata terdapat segelintir rungutan dari ibu bapa mengenai syarat uniform lengkap yang ditetapkan.

Datuk Dr. Radzi Jidin sekali lagi menegaskan murid-murid dibenarkan memakai pakaian yang sesuai, sopan dan kemas sehingga tempoh akhir tahun persekolahan.

“Saya tekankan sekali lagi bahawa seperti dinyatakan sebelum ini kita membenarkan murid-murid untuk berpakaian yang sesuai serta sopan dan kemas sehingga tempoh akhir tahun persekolahan iaitu pertengahan Disember”

Pihak sekolah perlulah memudahkan urusan kehadiaran murid ekoran kekangan kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa mereka.

“Itu paling penting kerana kementerian dapat aduan ada yang beritahu cikgu suruh pakai baju sekian-sekian, kasut sekolah betul-betul sedangkan sebahagian mereka ini ada yang baju pun sudah tak muat,”

Jelas beliau lagi ada guru yang meminta pelajar untuk mengenakan pakai lengkap sedangkan sebahagian dari mereka ada baju yang tidak muat.

Beliau berkata ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Semasih, Panchor hari ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *