Pelajar dihalang duduki peperiksaan, KPT arahkan siasatan dijalankan

 Pelajar dihalang duduki peperiksaan, KPT arahkan siasatan dijalankan

Nik Farah bersama laporan polis dibuat sebentar tadi.

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Susulan seorang pelajar perubatan mendakwa dihalang menduduki peperiksaan kerana belum menerima vaksin COVID-19, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad mengarahkan siasatan terhadap dakwaan tersebut dan mengambil tindakan yang perlu dengan segera.

Menurut Noraini, beliau memandang serius tindakan Universiti Malaya (UM) menghalang pelajar yang belum menerima vaksin COVID-19 dari mengambil bahagian dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan peperiksaan pelajar klinikal fakulti perubatan.

“Adalah diingatkan bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) masih sedang berjalan dan belum mencakupi seluruh rakyat Malaysia, termasuk pelajar universiti,” katanya.

Walaupun KPT menyokong penuh usaha menggalakkan mahasiswa mendaftar untuk menerima vaksin, Noraini mengingatkan universiti-universiti bahawa mereka tidak dibenarkan membuat SOP dan Peraturan berkaitan Covid-19 secara terasing dari keputusan MKN.

“Perlu juga ditegaskan bahawa kebenaran menjalani program akademik dan latihan adalah tertakluk kepada kebenaran dan SOP yang dikeluarkan oleh KPT dan MKN,” katanya.

Noraini turut menegaskan pihak universiti tidak dibenarkan membuat SOP dan Peraturan berkaitan Covid-19 secara terasing dari keputusan MKN.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak mempunyai peraturan yang berbeza antara mereka telah divaksin dengan yang belum divaksin.

“Justeru semua universiti seharusnya memastikan kebajikan pelajar terjaga terutamanya PdP dan juga proses penilaian agar pelajar tidak ketinggalan dalam tempoh pandemik COVID-19 bagi memastikan kelangsungan akademik di negara kita,” katanya.

Noraini berkata beliau telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Datuk Dr Husaini Omar untuk menjalankan siasatan terhadap laporan tersebut dan mengambil tindakan yang perlu dengan segera.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

65  +    =  74