Pekerja pasar raya maut jatuh dalam lubang kumbahan

 Pekerja pasar raya maut jatuh dalam lubang kumbahan

Anggota polis mengusung mayat seorang lelaki yang terjatuh dalam saluran kumbahan di sebuah pasar raya di bandar Batu Pahat, malam tadi. Foto WMY/Nurman Nasyriq

BATU PAHAT, 14 Jun — Seorang pekerja penyelenggaraan ditemukan maut dipercayai terjatuh ke dalam lubang saluran kumbahan di sebuah pasar raya di bandar ini malam tadi.

Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima panggilan daripada orang awam pada jam 8.20 malam menyatakan seorang lelaki dijumpai tidak sedarkan diri dalam lubang saluran air kumbahan di tempat mangsa bekerja.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan mendapati tempat kejadian adalah lubang saluran air kumbahan pasar raya berkenaan.

Mangsa ipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan yang mempunyai kedalaman kira-kira empat meter. Foto WMY/Nurman Nasyriq

“Mangsa, Yazali Yakub, 54, dipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan yang mempunyai kedalaman kira-kira empat meter.

“Mangsa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan bertugas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanan Nora Ismail (HSNI) di sini untuk bedah siasat.

Mangsa merupakan seorang pekerja di bahagian penyelenggaraan pasar raya berkenaan.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

74  +    =  80