• Thursday, 17 June 2021, 2:13 pm

Pekebun resah nangka madu diserang kanser

 Pekebun resah nangka madu diserang kanser

Mustafa dengan nangka madu yang dituai untuk dipasarkan.

Oleh Mohd Fikri Mie

PEKAN, 27 Mei – Buah nangka madu jenis J33 diserang penyakit kanser menyebabkan kerugian besar ditanggung seorang pekebun yang mengusahakan projek pertanian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TPKM) Kota Perdana, dekat sini.

Menurut Mustafa Yunus, 65, penyakit itu menyerang bahagian dalam buah yang menyebabkan kualiti isi nangka yang masak akan jatuh hingga peringkat tidak sesuai untuk dimakan.

Katanya, walaupun pengeluaran buah masih berlaku sepanjang tahun namun disebabkan penyakit berkenaan impian meraih pendapatan lumayan tidak menjadi kenyataan kerana buah yang kelihatan menarik di luar tetapi rosak di dalam.

“Tiga tahun lalu saya menanggung kerugian lebih RM40,000 selepas serangan penyakit reput tangkai buah yang menyebabkan menyebabkan buah bersaiz kecil dan besar¬†gugur.

Akibat penyakit itu, buah yang kelihatan menarik di luar tetapi rosak di dalam

“Hampir semua buah dihasilkan 1,000 pokok dalam kawasan seluas 7 hektar tidak dapat dituai seperti dirancang. Hasil lumayan yang sepatutnya diraih tidak¬†menjadi kenyataan.

“Penyakit berkenaan dikatakan tiada penawar, ia menjadi sejarah yang tidak mungkin dapat dilupakan terutama apabila beratus kilogram (kg) buah gugur disebabkan¬†tangkainya mereput,” katanya, di sini.

Menurut pesara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) itu, disebabkan penyakit kanser beliau hanya dapat memungut hasil bulan depan selepas beberapa bulan gagal berbuat demikian.

Mustafa berkata, permintaan terhadap nangka madu terutama jenis J33 kini begitu menggalakkan hingga beliau tidak dapat memenuhi permintaan. Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti jualan tidak dapat dilakukan.

Katanya, masyarakat pelbagai kaum di negara ini termasuk pelancong asing meminati nangka yang dimakan mentah selain turut dijadikan kuih dan minuman, selain rasa yang manis warna kuning keemasan turut menjadi penariknya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *