PEJUANG – parti pilihan selain UMNO

 PEJUANG – parti pilihan selain UMNO

KUALA LUMPUR, 15 Dis : Orang Melayu kini mempunyai pilihan untuk memilih parti yang memperjuangkan nasib bangsa mereka. “Sehingga kini orang Melayu hanya kenal UMNO sebagai parti Melayu. Bagi mereka tidak ada pilihan jika nak sokong parti Melayu melainkan UMNO”, tulis Tun Dr Mahathir di facebooknya.

Namun menurut beliau, UMNO sudah rosak apabila dikuasai oleh pemimpin yang rasuah di mana mereka hanya gunakan kerajaan untuk memperkayakan diri. Akibat kerakusan itu, negara kini dikenali sebagai negara kleptokrasi.

Tun Mahathir berkata, pejuang ditubuhkan untuk orang Melayu dan Bumiputera yang tidak sanggup memberi undi kepada UMNO. Orang Melayu juga tidak percaya kepada parti berbilang kaum di dalam memperjuangkan hak mereka. Oleh itu Parti Pejuang boleh dijadikan pilihan.

Pejuang bukan sahaja parti Melayu, tetapi ia mendokong semua prinsip dan perjuangan UMNO yang asal seperti melawan Malayan Union, memerdekakan tanahair dan memajukan negara sehingga dikenali sebagai Asian Tiger. Tambah beliau lagi, Pejuang menentang semua salah laku dan jenayah.

Bekas Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali itu menekankan bahawa parti Pejuang dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO yang telah mempunyai rekod membangunkan Malaysia. Beliau berharap, Pejuang akan dipilih oleh kaum Melayu di pilihanraya umum ke 15 kelak kerana membawa imej yang bersih, cinta kepada bangsa, negara dan agama.

Sebelum ini landskap parti politik Melayu dan bumiputera negara dipelopori oleh UMNO dan parti baru Bersatu. Kini hanya tinggal UMNO kerana Bersatu telah membuka peranan dan keahlian kepada kaum lain. Bersatu dilihat menyamai parti politik seperti Keadilan. Munculnya Pejuang dilihat akan menjadi pilihan kepada orang Melayu. Sama ada kuat atau tidak, ia akan terjawab di pilihanraya umum yang ke 15 kelak. Kekuatan Pejuang dilihat hanya terletak di atas bahu Tun Dr Mahathir yang mempunyai rekod mengetuai Pakatan Harapan menumbangkan kerajaan BN pada PRU 14 yang lalu.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  4  =