• Thursday, 17 June 2021, 2:11 pm

Pejuang cadang kerajaan ala Mageran

 Pejuang cadang kerajaan ala Mageran

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat keluar dari Istana Negara hari ini (Foto Bernama)

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan kerajaan ala Majlis Gerakan Negara (Mageran)  semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Walaubagaimanapun,  siapa yang bakal memimpin Mageran tidak dibincangkan, namun beliau ada menawarkan bantuan jika dikehendaki kerajaan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa pembentukan Mageran haruslah datang daripada pihak kerajaan sendiri.

“Agong tidak kata tidak, tetapi titah baginda, cadangan pembentukan Mageran harus datang daripada pihak kerajaan.

“Tetapi saya ragu-ragu kerajaan akan cadangkan perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di akaun Facebooknya sebentar tadi.

Mageran merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei selepas sistem kerajaan berparlimen di Malaysia digantung.

Jabatan Perpaduan Negara di bawah Mageran telah diwujudkan bagi menangani isu-isu pembinaan semula perpaduan masyarakat pada masa itu.

Semasa pentadbirannya, Mageran telah membentuk prinsip Rukun Negara yang menjadi ideologi kebangsaan Malaysia sehingga hari ini.

Mageran dibubarkan pada 1971 dengan pemulihan Parlimen.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *