Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili rosak dipukul ribut

 Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili rosak dipukul ribut

Pejabat Maritim Zon Tanjung Sedili di sini turut alami kerosakan akibat dipukul ribut, semalam

KOTA TINGGI, 24 Jul — Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Tanjung Sedili di sini turut mengalami kerosakan akibat dipukul ribut, semalam.

Namun, menurut Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, kejadian pada jam 3.30 petang itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Kejadian itu menyebabkan kerosakan dan kebocoran pada siling serta bumbung selain beberapa tingkap pecah.

“Hujan lebat dan angin kencang sekitar kawasan Tanjung Sedili turut memberi kesan kepada sebuah bot ronda Maritim Malaysia yang sedang dalam proses pembaikan di limbungan, di sini yang dihempap besi dan bumbung runtuh.

“Pengoperasian Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Sedili masih berjalan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Nurul Hizam turut menasihatkan komuniti maritim supaya mengambil langkah keselamatan dan sentiasa memastikan semua peralatan kecemasan dibawa semasa cuaca buruk di laut.

Andai berlaku kecemasan di laut, segera hubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Johor menerusi talian hotline 07-219 9404 atau talian kecemasan MERS 999.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

13  −    =  9