Pejabat ketua pembangkang kini setaraf menteri

 Pejabat ketua pembangkang kini setaraf menteri

Anthony Loke

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pejabat ketua pembangkang kini setaraf dengan pejabat menteri.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang semalam telah menyerahkan surat pengesahan untuk menaik taraf pejabat ketua pembangkang menjadi setaraf dengan pejabat menteri.

“Sebelum mesyuarat bermula, PM (Perdana Menteri) menyerahkan surat pengesahan kepada ketua pembangkang untuk menaik taraf status pejabat dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 13 September lalu, satu Perjanjian Persefahaman (MoU) telah dimerterai yang mana kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam beberapa aspek bagi mencapai kestabilan politik dalam negara.

Melalui MOU itu, kerajaan menjanjikan beberapa pembaharuan termasuk reformasi parlimen, Undi18, had jawatan seseorang perdana menteri dan kebebasan badan kehakiman.

Tempoh masa bagi ia berkuat kuasa bermula tarikh dokumen itu ditandatangani, iaitu bermula 13 September 2021 sehingga tarikh pembubaran Parlimen Malaysia Ke-14.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *