Pegawai khas Shahidan Kassim dilantik senator

 Pegawai khas Shahidan Kassim dilantik senator

Sidang DUN Perlis sebulat suara memilih Seruandi (kiri) dan Aziz (kanan) sebagai Senator Dewan Negara pada persidangan dewan kali ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini menerima cadangan pelantikan dua Ahli Dewan Negara baharu yang dikemukakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Mereka ialah Setiausaha UMNO Bahagian Padang Besar Aziz Ariffin, 68, dan Setiausaha UMNO Bahagian Arau, Seruandi Saad, 54 yang juga pegawai khas kepada Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.

Kedua-dua mereka akan dilantik sebagai senator bagi tempoh tiga tahun sehingga 2024.

Aziz menggantikan Kamaruddin Abdun manakala Seruandi menggantikan Sabani Ahmad yang kedua-duanya tamat tempoh jawatan Senator pada 25 Julai lepas.

Cadangan pelantikan Aziz disokong oleh Ruzaini Rais (BN-Beseri) sementara cadangan pelantikan Seruandi disokong oleh Rozieana Ahmad (BN-Pauh) dan dewan sebulat suara menyokong cadangan tersebut.

Aziz yang turut bergiat aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) merupakan ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Perlis sejak 2014, manakala Seruandi adalah Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Negeri Perlis dan ahli Majlis Perbandaran Kangar.
— BERNAMA

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

83  −    =  81