PDRM tawar diskaun saman trafik 50 peratus mulai esok

 PDRM tawar diskaun saman trafik 50 peratus mulai esok

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Mulai esok, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 50 peratus hingga 18 Julai.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata tawaran itu tidak termasuk bagi kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilakukan dalam tahun ini, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos.

“Sepanjang tempoh kempen ini, semua kaunter pembayaran saman di kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

“Tawaran diskaun itu sebagai usaha menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai semasa situasi wabak COVID-19.

Bayaran saman itu boleh dibuat menerusi portal rasmi PDRM dan aplikasi MyBayar Saman.

Aplikasi MyBayar Saman yang diperkenal PDRM juga telah dipertingkat bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi itu.

Aplikasi MyBayar Saman boleh dimuat turun  melalui  Google Play Store, Apple Apps Store dan Huawei Gallery.

 

 

 

 

— BERNAMA

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *