PdPR perlu diperkemas, lebih sistematik

 PdPR perlu diperkemas, lebih sistematik

KANGAR, 29 April — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta agar memperkemas sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sedia ada agar ia lebih sistematik dan kompeten.

Pengerusi Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Perlis (PIBKs) Abdul Jalil Ramli yang membuat gesaan itu berkata PdPR perlu dilaksanakanĀ  mengikut jadual sepertimana yang dilakukan pada sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah.

”Kalau boleh kita minta agar PdPR kali ini dibuat berdasarkan penjadualan waktu persekolahan agar ia lebih terancang serta tersusun, dan lebih memberi tumpuan kepada mata pelajaran utama seperti Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,ā€ katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan KPM untuk melaksana kembali PdPR selepas cuti hari Aidilfitri selama dua minggu bermula 16 hingga 27 Mei.

Abdul Jalil berkata bagi memastikan PdPR mencapai matlamatnya, KPM perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah peralatan, capaian internet dan kewangan Ā yang dihadapi oleh sebahagian besar murid terlebih dahulu.

ā€œKita bimbang keadaan yang sama yang berlaku sebelum ini apabila sebahagian besar murid tidak dapat mengikuti PdPR atas faktor berkenaan (peralatan, internet dan kewangan ) berulang kembali,ā€ katanya.

Beliau berharap KPM akan melakukan perbincangan dengan Ā pihak PIBKs dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mencari mekanisme dalam menyelesaikan masalah ini atau setidak-tidaknya mengurangkan jurang antara golongan yang berkemampuan dan yang kurang berkemampuan.

Turut berkongsi pandangan ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Ā Tuanku Lailatul Shahreen Mohamad Asri Shafii yang berkata pihak sekolah, pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan KPM perlu mengeluarkan modul PdPR yang lengkapĀ untuk dijadikan sebagai panduan kepada ibu bapa.

ā€œTidak semua ibu bapa tahu apa yang diperlukan oleh anak mereka sebelum mengikuti PdPR, jadi jika ada modul ini mereka dapat membuat persiapan awal agak anak mereka lebih bersedia untuk mengikuti pembelanjaran,ā€ katanya.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

45  +    =  51