PBB gesa masyarakat dunia bantah kekerasan tentera di Myanmar

 PBB gesa masyarakat dunia bantah kekerasan tentera di Myanmar

MOSCOW, 1 Mac — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengutuk sekeras-sekerasnya kekerasan tentera Myanmar terhadap penunjuk perasaan anti-kudeta, mendesak masyarakat antarabangsa untuk menyatakan pendirian tegas ia mesti dihentikan, kata jurucakapnya Stephane Dujarric, pada Ahad.

Sekurang-kurangnya 18 orang maut di seluruh Myanmar pada Ahad semasa pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan anti-kudeta, lapor Agensi Berita Sputnik memetik Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB.

“Setiausaha Agung mengecam tindakan kekerasan di Myanmar. Beliau bimbang dengan peningkatan kematian dan kecederaan. Penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan dan menahan dengan sewenang-wenangnya merupakan perbuatan yang tidak boleh diterima,” kata jurucakap itu.

Setiausaha Agung menggesa masyarakat antarabangsa bersatu dan sepakat menyatakan bahawa tentera perlu menghormati kehendak rakyat Myanmar,” kata kenyataan itu.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

28  −    =  21