PBB gesa dunia hentikan penggunaan arang batu menjelang 2040

 PBB gesa dunia hentikan penggunaan arang batu menjelang 2040

WASHINGTON, 20 April — Menjelang 2040 dunia harus menghentikan semua penggunaan arang batu bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mengekang peningkatan suhu disebabkan perubahan iklim global, lapor Sputnik memetik Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres.

“Kita mesti menghentikan penggunaan arang batu sepenuhnya di semua negara OECD (Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi) pada 2030 dan di semua negara pada 2040,” kata Guterres ketika melancarkan laporan terbaharu PBB mengenai keadaan Iklim Global pada 2021 pada Isnin.

Guterres berkata dunia perlu sepakat bertindak dengan efektif untuk memastikan ekonomi global yang  sifar pembebasan gas rumah hijau pada 2050 serta harus menghapuskan semua subsidi arang batu dan bahan bakar fosil lain.

“Ini adalah laporan mengejutkan dan perlu dibaca semua pemimpin dunia. … Cabaran kita jelas. Kita sudah tersasar. Tahun ini adalah tahun untuk bertindak. Perancangan iklim untuk 10 tahun akan datang perlu lebih berkesan,” katanya.

Guterres menyeru supaya “perang kemanusiaan terhadap alam semula jadi ditamatkan” dan dunia tidak boleh berlengah lagi kerana 2021 adalah tahun penting bagi masa depan manusia sejagat.

 

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *