PAU medan terbaik presiden UMNO jelaskan isu kerjsama UMNO-PKR – Annuar Musa

 PAU medan terbaik presiden UMNO jelaskan isu kerjsama UMNO-PKR – Annuar Musa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bermula esok, adalah medan terbaik untuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan mengenai desas-desus kerjasama antara UMNO dan PKR.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata ia bagi menjelaskan pelbagai khabar angin dan kenyataan yang dibuat pelbagai pihak mengenai perkembangan terbaharu kedua-dua parti itu dalam persediaan menghadapi PiIihan Raya Umum Ke-15 kelak.

“Saya fikir Presiden UMNO mungkin mempunyai peluang yang terbaik sewaktu PAU diadakan kerana akan ada Ucapan Dasar Presiden. Saya faham sememangnya ada kesamaran, tanda tanya, ada berita yang bercanggah.

“Ada yang kata Presiden (UMNO) ada berbincang dengan PKR. Ada yang kata ada surat dan tandatangan berpakat menyokong Anwar Ibrahim.

“Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri kata ada jumpa tapi tiada pakatan. Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula kata perjumpaan biasa-biasa sahaja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci kepada pemilik Residensi Razakmas2 di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 secara hibrid akan diadakan selama dua hari bermula esok selepas setahun ditangguhkan susulan pandemik COVID-19.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan hadir pada majlis penyerahan kunci kepada penduduk tersebut yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kebelakangan ini desas-desus mengatakan UMNO berkemungkinan menjalin kerjasama dengan PKR semakin kuat dengan Anwar dilaporkan mendedahkan telah wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

71  +    =  74