PAU 2020: Perpaduan Melayu paksi perjuangan, elak politik ‘sate’

 PAU 2020: Perpaduan Melayu paksi perjuangan, elak politik ‘sate’

Persiapan di PWTC menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bakal berlangsung selama dua hari pada Sabtu dan Ahad ini

Oleh Suraya Ali 

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Pergerakan Wanita UMNO mahu delegasi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 menjauhi dan mengelakkan fitnah, iri hati, hasad dengki serta cemburu buta sesama sendiri.

Dato’ Norshida Ibrahim

Menyifatkan PAU 2020 pada Sabtu dan Ahad ini bukan sahaja pengalaman baharu kepada seluruh ahli parti, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Dato’ Norshida Ibrahim turut berpendapat perhimpunan ini adalah satu perkara yang cukup penting untuk masa depan parti yang merangkumi sokongan pendokong, penyokong serta seluruh pimpinan pelbagai peringkat akar umbi.

“Paling penting dan paksi kepada perjuangan hari ini adalah perpaduan Melayu. Ia sekali lagi ditekankan kuncinya agar parti keramat Melayu ini terus bersemangat waja dan kekal utuh dalam muafakat yang dibina secara berhemah sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tambah Norshida, PAU 2020 yang akan berlangsung bakal melihat serta memperkemaskan formula terbaik untuk parti melangkah dengan lebih perkasa ke depan.

“Jangan dibiarkan politik ‘sate’ meracuni perjuangan di dalam parti dan kita masing-masing perlu elakkan politik ‘sate’ ini kerana kipas-mengipas dan politik menikam sesama sendiri tidak akan ke mana. Malah, parti serta akar umbi yang sayangkan parti akan menjadi mangsa keadaan tersebut,” katanya.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

51  −    =  41