Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
[PAT] Rina Harun turun padang, bantu mangsa banjir
![[PAT] Rina Harun turun padang, bantu mangsa banjir](https://wacana.my/wp-content/uploads/WhatsApp-Image-2021-12-19-at-6.19.01-PM-1-850x560.jpeg)
KUALA LUMPUR: Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun, hari ini telah turun padang menyantuni mangsa bencana banjir Di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Tamil Sarasvathy. Penduduk yang terlibat Dari Kampung Pasir, Pantai Dalam.
Difahamkan, seramai 131 buah keluarga dan 464 orang mangsa bencana telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara berkenaan. Terdapat kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (Oku), ibu mengandung, bayi dan orang dewasa.

“Saya sempat bertanya khabar mangsa dan maklum balas tentang pengurusan di Pusat Pemindahan yg dilaksanakan oleh Peg2 JKM. Alhamdulilah saya mendapat maklum balas yang positif.
“Makan minum dan khidmat pengurusan psikososial telah diuruskan dengan baik untuk membantu mereka,” ujarnya.
Tambah Rina Harun lagi, lebih seratus juta telah diperuntukan untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara dengan menyediakan persiapan dari segi barang kelengkapan.
“Kita akan berikan “refreshment kit” kepada terlebih dahulu kepada mangsa banjir sebelum menunggu makanan tiba, ia merupakan makanan kering dan minuman, selain itu, kelengkapan seperti bantal, toto untuk tempat tinggal mereka sekeluarga,” katanya.