[PAT] Bersatu sokong penuh GPS rampas kembali kerusi Dun Tanjung Batu

 [PAT] Bersatu sokong penuh GPS rampas kembali kerusi Dun Tanjung Batu

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Leftenan Madya (B) Duke Janteng menyifatkan bahawa kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terbesar saat ini.

Gabungan Parti Sarawak telah mencatatkan kemenangan besar 76 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 setelah berjaya mengalahkan Pakatan Harapan (PH) di Bintulu.

Kita daripada Parti Bersatu telah menyokong penuh walaupun tidak secara langsung, tetapi kita telah mengarahkan 106 cawangan di Bintulu untuk menyokong penuh pihak GPS

“Dengan sokongan padu yang ditunjukan oleh ketua cawangan, khasnya di kawasan Dun Tanjung Batu,

Buat masa ini, pihak GPS berjaya menawan balik Tanjung Batu, sebelum ini dipegang oleh parti lawan DAP yang boleh dikatakan kubu kuat kerana telah memegang selama lima penggal,” ujarnya.

Tambahnya lagi, hasil kemenangan tersebut diperolehi kerana hasil kerja keras yang dilakukan oleh jentera parti GPS dibawah ketua pimpinan negeri, Senator Jaziri Alkaf yang telah membantu dengan membuat lawatan bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhydin Yassin baru ini.

Dengan mandat yang diberikan oleh Presiden Bersatu, GPS berjaya merampas kembali kerusi setelah lima tahun menunggu.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  40  =  42