Pasukan lelaki dan wanita Pahang hanya sekadar naib juara Piala Tun Abdul Razak Ke-59

 Pasukan lelaki dan wanita Pahang  hanya sekadar naib juara Piala Tun Abdul Razak Ke-59

Pasukan hoki lelaki Pahang muncul naib juara Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak ke-59.

KUANTAN, Pasukan hoki lelaki dan wanita Pahang hanya berpuas hati muncul naib juara apabila tewas pada lawan masing-masing pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak ke-59 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam tadi.


Skuad lelaki Pahang yang cemerlang sebelum ini tewas tipis 1-2 kepada juara bertahan, Perak manakala pasukan wanita pula tunduk 0-1 di tangan Kuala Lumpur.


Turun selaku pasukan bukan pilihan, skuad bimbingan bekas pemain kebangsaan Mohd Sufian Mohamad turun dengan semangat juang tinggi untuk menafikan lawan Perak yang juga juara bertahan kejohanan.

Pasukan hoki wanita Pahang muncul naib juara Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak ke-59


Aksi garang dipamirkan pemain Pahang apabila berjaya mengikat Perak 1-1 hasil gol sumbangan Ismail Abu namun gol kedua lawan seolah menutup impian untuk bergelar.


Mohd Sufian berkata, walaupun tewas namun dia berpuas hati dengan semangat serta kesungguhan pemain yang turun dengan misi menjulang kejuaraan.


“Nasib tidak berpihak pada kami, pemain sudah buktikan kemampuan namun kejayaan masih tidak menyebelahi kami,” katanya.


Sementara itu skuad wanita pula, selaku juara bertahan, pasukan itu gagal untuk menyekat Kuala Lumpur biarpun sudah mempamerkan prestasi terbaik.


Jaringan tunggal Kuala Lumpur iaitu tujuh minit sebelum perlawanan tamat menyebabkan Pahang berputih mata.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *