• Friday, 18 June 2021, 1:01 am

Pasangan warga emas maut, isteri positif COVID-19

 Pasangan warga emas maut, isteri positif COVID-19

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak

JOHOR BAHRU, 8 Jun — Seorang lelaki yang mahu menziarahi ibu bapa angkatnya terkejut apabila menemukan kedua-duanya sudah meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Scientex, Pasir Gudang, di sini kelmarin.

Anak angkat berusia 19 tahun yang tinggal berasingan dengan warga emas tersebut kemudian membuat aduan di Balai Polis Scientex pada jam 1 petang.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pasangan itu berusia 68 dan 61 tahun dan tidak mempunyai anak kandung.

“Mayat mereka ditemukan oleh anak angkat semasa datang melawat pasangan selepas panggilan telefonnya tidak berjawab.

“Mayat suami isteri tersebut telah dihantar Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan hasil bedah siasat mendapati pasangan itu dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, warga emas lelaki mempunyai penyakit kronik, iaitu strok, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis dan kematian berpunca daripada penyakit yang dihidapi itu.

“Isterinya pula menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan turut disahkan positif COVID-19 setelah ujian saringan dijalankan,” katanya sambil memaklumkan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *