Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan kematian bayi

 Pasangan suami isteri ditahan bantu siasatan kematian bayi

KUALA LUMPUR, 30 April — Polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata seorang individu  dilaporkan telah membawa seorang bayi yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ke sebuah hospital kerajaan di Selangor untuk mendapatkan rawatan pada pukul 7 malam , Selasa lepas.

“Menerusi hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dan cedera di bahagian dubur bayi itu.

Bertindak atas keterangan saksi, polis kemudiannya bertindak menahan pasangan terbabit yang merupakan pengasuh kepada bayi itu yang masing-masing berumur 35 tahun di sebuah pangsapuri di Jalan PJU 1A/42 Kelana Jaya, di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata hasil semakan rekod mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah narkotik.

Susulan itu, polis menahan reman pasangan itu selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

46  −  37  =