Pasangan salah “Check In” hotel pemujaan hantu ?

 Pasangan salah “Check In” hotel pemujaan hantu ?

PETALING JAYA: Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin bercuti atau berbulan madu dikawasan peranginan damai dan indah bukan?.

Percutian yang indah bersama pasangan pastinya akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang yang terjalin, namun ia sebaliknya terjadi, apabila pasangan ini telah salah memilih bilik hotel penginapan mereka.

Perkongsian video ini telah pun dibuat menerusi aplikasi Tik Tok oleh seorang individu warga Indonesia, bernama Yehezkiel A. Sanger ketika menginap di sebuah Hotel Resorts Nusa, Bali, Indonesia.

@yehezkiel_s Honeymoon menjadi was-was 👻😭😫 #AtomexAstro #bali #foryoupage #xyzbca #fypdongggggggg #GoPaydiTokopedia #trending #viral #fyp #horror #serem ♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Bulan madu menjadi was was, bulan madu romantis bertukar bulan madu mistik,” tulis Yehezkiel.

Difahamkan, bilik penginapan mereka didakwa bersebelahan dengan salah satu bilik pemujaan roh atau pun dewa yang dikunci serta diletakkan beberapa tulis menyeramkan dan alat pemujaan di hadapan pintunya.

Kamar suci, Ida Ratu, Kanjeng Pantai Selatan,” perkongsiannya.

Kanjeng Ratu Kidul

Mengikut kepercayaan orang Indonesia, Kanjeng Ratu Kidul adalah Roh Suci yang mempunyai sifat mulia dan baik hati, dia berasal daripada langit yang tinggi, pernah turun di berbagai tempat di dunia dengan jati diri bersama tokoh-tokoh suci setempat pada zaman yang berbeza-beza.

Malah ada segelintir masyarakat nelayan pantai selatan Jawa  percaya, bahawa setiap tahun mereka perlu melakukan aktiviti ritual yang dipanggil ‘sedekah laut” sebagai persembahan kepada Sang Ratu agar menjaga keselamatan para nelayan dan membantu kebaikan dalam penghasilan.

Lantaran itu, melihat perkongsian yang dibuat olehnya, pengikutnya turut berkongsikan pandangan serta pendapat mereka mengenai situasi yang terjadi itu, mereka mendakwa bahawa aktiviti ritual memang diadakan pada hotel berkenaan bagi tujuan menghalau anasir roh jahat.

Semua hotel di Pantai Selatan atau pun jalan persinggahan Kajeng Ibu, pasti menyediakan satu bilik lengkap upacara tersebut

“Pernah menginap di hotel ini juga, bahagian lantai di biliknya memang menyeramkan bulu roma, apa lagi kalau waktu malam,” komen pengikutnya.  

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  2  =