Pas pengangkutan awam buat semua keluarga di Malaysia

 Pas pengangkutan awam buat semua keluarga di Malaysia

PETALING JAYA: Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, kerajaan telah mewujudkan satu insiatif Pas Pengangkutan Awam Keluarga Malaysia kepada semua pengguna pengangkutan awam.

Inisiatif ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 November lalu.

Program ini dikendalikan oleh Prasana Malaysia Bhd dengan tujuan untuk, menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam serta, untuk memudahkan rakyat beriadah dan mengunjungi ke lokasi tarikan di sekitar Lembah Klang.

Difahamkan, Pas Keluarga Malaysia ini berharga lima ringgit Malaysia untuk satu pas dan boleh digunakan untuk empat orang dalam satu masa.

Manakala, laluan perjalanan pula adalah tanpa had mengikut jadual yang ditetapkan, tanpa had pada hari sabtu, ahad dan cuti umum.

Pas ini sah untuk digunakan pada pangangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) ,Monorel kendalian Rapid KL dan Transit Aliran Bas (BRT).

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Inisiatif ini bertujuan menggalakkan keluarga Malaysia beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang.

“Ini sambil berkunjung pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor,” Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

34  −  27  =