PAS nafi tolak Wan Azizah kerana faktor jantina

 PAS nafi tolak Wan Azizah kerana faktor jantina

Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 20 Nov — PAS mempertahankan keputusannya menyokong Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri wanita pertama Melaka walaupun sebelum ini menolak Wan Azizah Wan Ismail dari PKR untuk Menteri Besar Selangor.

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata PAS telah menolak Wan Azizah kerana parti Islam itu merasakan beliau tidak mampu untuk menguruskan negeri ini.

Beliau berkata mereka yang membangkitkan isu itu tidak tahu fakta mengenai perkara itu.

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, katanya, telah menjelaskan bahawa penolakan itu tidak dikaitkan dengan jantinanya tetapi lebih kepada “keupayaannya, antara lain.”

Walaupun telah memberikan penjelasan, beliau berkata isu itu telah dibangkitkan lagi.

Ahmad Fadhli berkata, PAS konsisten dalam melantik wanita sebagai pemimpin dan ahli exco.

“PAS telah meletakkan calon wanita sejak pilihan raya pertama,” katanya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

55  +    =  60