PAS Johor: LGBT makin melampau, tidak segan silu

 PAS Johor: LGBT makin melampau, tidak segan silu

JOHOR BAHRU, 26 Jun — Langkah kerajaan mahu mengenakan tindakan tegas terhadap golongan lesbian, gay, biseksual, trangander (LGBT) di negara ini tepat pada masanya kerana mereka dilihat semakin melampau dan berani.

Ketua Penerangan Pas Johor, Rusman Kemin berkata, golongan itu kini sudah tidak malu mempromosikan aktiviti mereka secara bebas dan terbuka terutamanya dalam media sosial.

Justeru, langkah proaktif perlu diambil bagi membanteras kegiatan LGBT yang dilihat menjadi ancaman dan mencemari norma-norma kebiasaan rakyat Malaysia.

“Sesuatu mesti dilakukan untuk menyekat ia daripada menjadi penyakit yang lebih serius.

“Seharusnya, ia mesti dirawat dari akar umbinya ekoran kejahilan terhadap agama dan sikap tidak peka masyarakat yang bersikap tidak kisah kononnya tidak mahu menjaga tepi kain orang lain menyebabkan gejala sosial yang asalnya luar biasa akhirnya menjadi perkara biasa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kelmarin kerajaan bersetuju melaksanakan tindakan tegas secara bersepadu terhadap individu yang menghina agama secara umum serta mempromosikan gaya hidup LGBT.

Keputusan itu menunjukkan komitmen penuh kerajaan dalam menangani permasalahan berkenaan.

Mengulas lanjut, Rusman berkata, ancaman itu dan gejala sosial yang melibatkan penghinaan terhadap agama yang bercanggah dengan hukum fitrah manusia perlu ditangani sebelum menjadi barah dalam masyarakat.

Pas Johor sangat menyokong tindakan kerajaan dan berharap tindakan sama juga dikenakan terhadap perkara-perkara yang ada hubung kait dengan gejala sosial lain.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

92  −    =  87