Parcel Scam kembali aktif di ibu negara

 Parcel Scam kembali aktif di ibu negara

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur telah menerima tiga laporan polis berkenaan kes Parcel Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur ACP Mohd Mahidisham Ishak berkata, dalam ketiga-tiga kes tersebut, mangsa telah berkenalan dengan seorang individu
melalui media sosial.

“Ketiga-tiga mangsa dalam kes tersebut merupakan ibu tunggal yang mana kenalan alam maya telah memaklumkan ada menghantar bungkusan dari luar negara.

Mangsa kemudiannya diminta untuk membayar sejumlah wang bagi tujuan kos penghantaran bungkusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun, menurut Mahidisham, bungkusan yang dijanjikan tidak diterima mangsa.

” Kes melibatkan kerugian berjumlah RM 31,500. Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu),” katanya.

Jelas beliau, statistik menunjukkan bagi tempoh Januari sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 115 kertas siasatan melibatkan kerugian berjumlah RM 1,641,359.96 berkenaan penipuan Parcel Scam
telah dibuka.

Sindiket mensasarkan golongan wanita yang bekerjaya dan ‘kesunyian’ sebagai mangsa.

Pihak Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kenalan melalui media sosial.

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran bungkusan dan melakukan transaksi tanpa usul periksa.

Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

59  −    =  53