Pameran ‘7 Ways of Seeing’ tampilkan 7 pelukis muda

 Pameran ‘7 Ways of Seeing’ tampilkan 7 pelukis muda

Pink Beach oleh Hana Zamri

Oleh Zuan Azmi

MENERUSKAN tradisi memperkenalkan perspektif artistik yang baharu, Galeri CULT di Persiaran Bukit Tunku di ibu negara telah memilih tujuh pelukis muda dengan penghasilan seni yang unik; untuk dipamerkan buat pertama kalinya di ruang seni itu.

Kelompok Tinggi oleh Mazlan Samawi

Pameran seni lukis ini mendorong pengunjung untuk melihat dengan ‘mata baru’ dalam pemerhatian terhadap artistik hasil karya pelukis tersebut yang telah mengembangkan identiti unik dan amalan seni yang berani.

Satu perakuan kepada Ways of Seeing, karya John Berger, koleksi tujuh karya yang mencetuskan asas baharu perspektif pilihan mengenai seni dan kritikan seni, 7 Ways of Seeing juga mempamerkan tujuh karya yang seni yang masing-masing mencabar konvensyen sosial dan estetika di sekitar kita.

Walaupun dalam pelbagai gaya, medium dan falsafah, ianya merupakan satu keunikan yang mereka bentuk untuk menyerlahkan identiti seni mereka sebelum berlangsungnya pameran solo masing-masing dalam masa terdekat.

Pameran ini juga mengetengahkan topik skala yang berbeza-beza, dari isu identiti jantina hingga teori analisis psikologi Sigmund Freud, di mana pelukis ini menggunakan bahan2 akrilik serta botol-botol plastik sebagai medium mereka.

Tujuh pelukis yang mengambil bahagian ialah Ain Rahman, Amir Mansor, Faiz Mahdon, Hana Zamri, Haz Yusup, Mazlan Samawi, dan Nia Khalisa.

Ain Rahman dengan berlatar belakang seni persembahan dan seni halus graduan lulusan dari UiTM, mengekspresikan karya seninya melalui pelbagai media termasuk media campuran, lukisan arang, media baharu atau video. Proses kreatifnya bermula dengan memfilemkan dirinya sendiri sebelum menggunakan bingkai terpilih sebagai rujukan potret dirinya yang berwarna kelabu.

Home, oleh Faiz Mahdon

Pelukis, Hana Zamri pula melakarkan inspirasi menerusi pengalaman sendiri yang sering kali mengembara ke serata dunia dengan pelbagai landskap dan budaya di Timur Tengah, Afrika, Eropah Tenggara dan Asia. Lukisan tekstur Hana menyentuh pelbagai segi identiti seperti tubuh badan, bahasa dan kawasan dengan menggunakan topografi landskap yang kaya untuk menentukan dan mentakrifkan semula rasa dirinya yang berubah-ubah.

Pameran 7 Ways of Seeing ini akan bermula pada 29 Mac hingga 12 April 2021. Bagi mematuhi pelaksanaan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN, pengunjung perlu membuat temu janji terlebih dahulu dengan hubungi Dayang Aina di talian 012-4158031.

CULT Gallery,
10A, Persiaran Bukit Tunku,
50480, Kuala Lumpur.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

14  −    =  8