• Monday, 21 June 2021, 3:13 am

Pakar bius maut dalam kemalangan

 Pakar bius maut dalam kemalangan

Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki selepas kereta dipandunya melanggarllampu di batu penghadang tengah jalan dan melanggar sebuah kereta lain di Kilometer 2 Jalan Kluang-Batu Pahat, Batu Pahat

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 22 Mei – Seorang pakar bius maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu di batu penghadang tengah jalan sebelum melanggar sebuah kereta lain di Kilometer 2, Jalan Kluang-Batu Pahat di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan Noor Zairul Muhamad, 50, maut di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa memandu seorang diri dari arah Bandar Batu Pahat ke arah Sri Gading, Noorapabila sampai di tempat kejadian kereta yang dipandunya hilang kawalan.

“Kemudian kereta mangsa melanggar tiang lampu di batu penghadang tengah jalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV jenis Toyota Vellfire dipandu seorang lelaki berumur 31 tahun, juga seorang diri.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian manakala pemandu MPV cedera di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Pantai untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa tinggal di Batu Pahat dan mangsa adalah seorang doktor di sebuah hospital swasta di sini.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk bedah siasat.

Ketika kejadian, keadaan jalan mempunyai selekoh namun cuaca baik.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggeram dengan sebuah jentera Ligght Fire Rescue Team (LFRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

Operasi menyelamatkan mangsa tamat pada jam 10.23 pagi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *