Pak Wan nafi keluarkan kenyataan minta 3 pemimpin PN letak jawatan

 Pak Wan nafi keluarkan kenyataan minta 3 pemimpin PN letak jawatan

Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

MELAKA 22 Nov – Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menafikan ada mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin Perikatan Nasional (PN) meletakkan jawatan susulan kekalahan parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Kenyataan yang bertajuk ‘Kekalahan PN di Melaka Harus Ditanggung 3 Individu’ yang menggunakan namanya bagaimanapun tular di laman sosial sejak semalam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu berkata, beliau menafikan sekerasnya mengeluarkan kenyataan itu dan menyifatkan tindakan itu dilakukan individu tidak bertanggungjawab untuk menabur fitnah.

Kata Ahli Parlimen Alor Gajah itu , kenyataan itu segaja diadakan oleh pihak yang kecewa akibat kekalahan PN.

“Kenyataan yang berunsur fitnah itu adalah tanggungjawab daripada pihak yang terdesak dan kecewa, malah berniat jahat untuk memecah belahkan kesatuan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya menerusi kenyataan media.

Antara kandungan kenyataan itu termasuk kekalahan teruk PN adalah signal strategi membalas dendam tidak diterima rakyat.

Malah, turut terdapat desakan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Mas Ermiyanti meletak jawatan dalam kepimpinan Bersatu.

Azlan Abdollah

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15  +    =  19