Pak Ngah cari pengedar bilis Bumiputera

 Pak Ngah cari pengedar bilis Bumiputera

Mahamad Zaidi menimbang bilis yang dipesan pelanggannya

Oleh Kamal Ahmad

RAWANG, 28 Feb: Kehidupan umat Islam hari ini disuguhkan dengan pelbagai produk makanan dan minuman. Namun berwaspada dan berhati-hati adalah langkah terbaik supaya kita tidak mengambil sumber yang haram statusnya.

Islam sendiri menegaskan perlunya setiap umatnya mencari yang halal itu sebagai fardu atau satu kewajipan. Dalam surah al-Baqarah ayat 168, Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Status halal dan kebersihan ikan bilis di pasaran adalah antara produk yang kerap menjadi isu. Justeru, Mahamad Zaidi Mat Noor atau dikenali sebagai Pak Ngah mengambil inisiatif untuk membekalkan ikan bilis yang dikeluarkan oleh orang Melayu kepada kalangan sahabat dan komuniti sekitarnya.

Kini, Pak Ngah juga mencari sesiapa berminat untuk menjadi pengedar ikan bilisnya di sekitar Lembah Klang dengan keuntungan berbaloi untuk setiap kilogram yang dijual. Ketika ini beliau hanya menyediakan stok bilis gred AAA yang berkualiti premium serta bilis gred A yang sudah disiang dan disaring.

“Bilis ini, ianya 100 peratus produk Muslim yang dijamin bersih dan halal. Saya tidak menyimpan stok untuk menjaga kualiti dan kesegarannya.

“Saya mengamalkan konsep berkongsi rezeki. Saya amat mengalu-alukan mana mana individu yang berminat dan ingin menambah pendapatan untuk menjadi agen/pengedar dengan kadar untung yang menarik,” katanya.

Beliau berkata, bilis yang dijual lebih murah berbanding di pasaran sama ada di kedai runcit mahupun pasar malam. Berminat sila Whatsapp beliau menerusi – 011-23113975.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1