Pajakan RM100 juta: Pulau Pinang tidak akan buat pembayaran kepada Kedah

 Pajakan RM100 juta: Pulau Pinang tidak akan buat pembayaran kepada Kedah

Chow Kon Yeow

GEORGETOWN, 28 Okt — Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetap dengan pendirian untuk tidak akan membuat sebarang bayaran pajakan kepada Kedah.

Malah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Pusat juga tidak perlu membayar sebarang tuntutan selain daripada perjanjian sedia ada.

“Kerajaan negeri tidak akan membayar apa-apa kepada Kedah.

“Kerajaan Pusat juga tidak perlu melayan apa-apa tuntutan yang luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Kerajaan Negeri Kedah yang mahu menuntut bayaran royalti sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Pusat bagi pajakan negeri Pulau Pinang.

Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, tuntutan itu adalah salah satu permohonan kerajaan negeri dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan esok.

Mohd. Sanusi berkata, selama ini Kedah hanya menerima bayaran pemberian khas sebanyak RM10 juta setahun bermula 2018 dan royalti sebanyak RM10,000 setahun sejak pajakan itu bermula pada 1786.

Katanya, tuntutan bayaran RM100 juta setahun itu disifatkan sebagai satu nilai yang kecil bagi pihak kerajaan Persekutuan jika dibandingkan dengan pendapatan yang dijana negeri Pulau Pinang.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  2