Pahang tahan 23 bot nelayan asing ceroboh perairan

 Pahang tahan 23 bot nelayan asing ceroboh perairan

Antara bot nelayan Vietnam ditahan dibawa ke pangkalan

Oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 17 Mei – Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Jabatan Perikanan Pahang menahan 23 bot ‘Bot Nelayan Asing’ (BNA) Vietnam dalam tempoh lima tahun sejak 2016.

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar, berkata jumlah terbanyak BNA dilakukan pada 2019 membabitkan 10 bot diikuti enam bot (2020), tiga bot (2017) dan masing-masing dua bot (2016 dan 2018).

Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar

Bagi tempoh lima bulan 2021, dua BNA Vietnam ditahan ketika melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram di kawasan 51 batu nautika perairan Kuala Pahang, Pekan, dan 20 tekong serta awak-awak ditahan.

Katanya, jabatan sentiasa tegas menjalankan penguatkuasaan Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS) di perairan negeri ini yang sentiasa menjadi tumpuan nelayan asing menceroboh untuk menangkap ikan.

“Hampir semua kes nelayan asing yang ditahan mengetahui mereka melakukan kesalahan berada dalam perairan negeri ini namun disebabkan faktor hasil tangkapan yang banyak, mereka sanggup melakukanya,” katanya kepada Wacana.my.

Beliau berkata, kebanyakan kes BNA yang ditahan terpaksa dikejar Cawangan Perlindungan Sumber beberapa kilometer sebelum diberkas bersama hasil tangkapan pelbagai jenis ikan.

Abdullah berkata, nelayan asing yang menangkap ikan tanpa lesen atau permit di perairan negara ini boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985.

Katanya, jika sabit kesalahan tekong boleh didenda RM6 juta, manakala awak-awaknya didenda RM600,000 dan sekiranya gagal membayar denda boleh dipenjara sehingga enam bulan.

“Kebanyakan kes BNA mereka menggunakan pukat ganding yang juga satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

43  +    =  45