Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Pahang impikan kejuaraan!

Aksi pemain skuad Pahang (jersi kuning) pada pertemuan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak ke-59 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil
KUANTAN: Skuad hoki Pahang pastinya turun dengan misi kemenangan keatas Perak pada pentas perlawanan akhir Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak ke-59 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Ketua Jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad berkata, misi merangkul kejuaraan telah dibuktikan barisan pemain sejak perlawanan pertama lagi hingga semalam apabila berjaya menjinakkan Melaka 4-3.
Katanya, gandingan barisan pemain muda dibantu kelibat bekas pemain kebangsaan Ismail Abu dilihat begitu menjadi pada kejohanan kali ini.
“Tiada yang diinginkan pada perlawanan akhir malam ini melainkan kemenangan yang akan menobatkan Pahang sebagai juara Kejohanan Hoki TNB Piala Tun Abdul Razak ke-59.

“Sebagai jurulatih saya berharap semua pemain dapat beraksi dengan lebih mantap dan bertenaga untuk menafikan kemenangan Perak yang turun dengan impian kemenangan,” katanya dihubungi, di sini hari ini.
Beliau berkata, rentak perjuangan yang tinggi ketika menewaskan Melaka 4-3 pada aksi separuh akhir semalam diharap diulangi pada pentas akhir malam ini.
Mohd Sufian yang juga pemain hoki kebangsaan berkata, dia perhatikan semua pemain kini berada pada tahap prestasi terbaik dengan membawa misi membawa pulang Piala Tun Abdul Razak yang menjadi rebutan semua pasukan bertanding.