Pahang beri air percuma selama tiga bulan?

 Pahang beri air percuma selama tiga bulan?

sumber : google

KUANTAN: Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat, satu inisiatif telah dilaksankan bagi memberikan pengecualian bayaran bil air selama tiga bulan yang akan bermula bulan ini.

Difahamkan, inisiatif ini diambil oleh Kerajaan Pahang bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat, khusus yang terkesan akibat bencana banjir di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pengecualian yang diberikan itu kerana memahami keadaan mangsa banjir terutama ketika dalam fasa pemulihan akibat bencana itu.

Katanya, pengecualian bayaran itu bermula Januari hingga Mac depan membabitkan lebih 40,000 rumah.

“Dengan pengecualian ini peruntukan yang diberikan kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM1.5 juta.

“Diharapkan dengan pengecualian ini ia dapat membantu meringankan beban mangsa banjir terutama bagi membersihkan premis masing-masing yang terjejas akibat bencana alam itu,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri komited membantu mangsa yang terkesan akibat bencana banjir di seluruhPahang.

Katanya, sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan beberapa bantuan kepada mangsa banjir termasuh Bantuan Wang Ihsan (BWI).

“Selain itu pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan kepada penyewa Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) yang terjejas banjir.

“Tidak terhenti di situ, kerajaan negeri menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air selama tiga bulan di kawasan terjejas banjir baru-baru ini,” katanya.

Sumber Harian Metro.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

44  −    =  35