• Monday, 21 June 2021, 2:31 am

Padah main mahjung, 5 lelaki dikompaun

 Padah main mahjung, 5 lelaki dikompaun

Pihak polis melakukan serbuan dan mengenakan kompaun terhadap lima lelaki yang berjudi serta tidak mematuhi SOP PKP di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru, kelmarin

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 4 Jun — Lima lelaki yang sedang leka bermain judi menerima padah apabila¬† diserbu polis dan diberi ‘surat cinta’ sebanyak RM7,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Taman Puteri Wangsa di sini kelmarin.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai kanan dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan kira-kira jam 3 petang selepas mendapat aduan daripada orang awam yang curiga dengan kegiatan mereka.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, dalam serbuan itu pihaknya berjaya menahan lima lelaki yang berusia antara 33 hingga 49 tahun yang sedang asyik bermain judi mahjung jenis ‘Gin Rummy’ dalam bangunan itu.

“Kesemua lelaki berkenaan dikompaun dengan nilai keseluruhan RM7,500 kerana melanggar SOP PKP 3.0,” kata ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, dalam serbuan itu  pihaknya turut merampas sebuah meja, 112 batu mahjung, empat kerusi plastik, dua biji dadu serta wang tunai sebanyak RM151.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, IPD Johor Bahru Selatan akan terus menjalankan operasi bagi membanteras kegiatan perjudian dan menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP PKP yang ditetapkan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *