Otak-otak telur sotong, kelainan menarik pelanggan

 Otak-otak telur sotong, kelainan menarik pelanggan

KUALA TERENGGANU — Sejak wabak Covid-19 melanda dunia awal Mac tahun lalu, antara yang paling terkesan adalah peniaga kecil-kecilan atau industri kecil dan sederhana (IKS).

Hasil jualan merundum dan pendapatan golongan ini terjejas teruk kerana orang ramai kurang membeli dan kuasa membeli rakyat semakin berkurang.

Namun dengan pelbagai bantuan dan inisiatif oleh kerajaan, usahawan IKS kembali bangkit dan kini mereka boleh tersenyum bangga.

Wacana.my menghubungi seorang peniaga makanan tradisi di Negeri Terengganu, PokNor Satar di Batu Rakit, disini.

Menurut Noraiza Md Noor, 51 perniagaan Satar dan Otak-otak yang diusahakan bersama keluarga sejak 1990 mula terjejas pada awal Mac tahun lalu apabila kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan diseluruh negara.

Mengakui terkesan, Norizan berkata bantuan kewangan dan pelbagai inisiatif lain seperti peningkatan jualan secara dalan talian dan pengiklanan di media sosial banyak membantu perniagaan keluarganya.

Enggan menyerah kalah, Norizan mula mencari kelainan dengan memperkenalkan menu baru.

“Satar dan Otak-Otak adalah makanan tradisi masyarakat disini, saya mulanya berasa bersalah mengubah identiti menu ini tetapi pada masa yang sama saya yakin pelanggan akan menyukainya,” katanya.

Pekerja Warung Satar Pok Nor sibuk menyiapkan tempahan dan melayan pelanggan.

Bermula Ramadan tahun ini, Norizan memperkenalkan Otak – Otak telur sotong. Otak- Otak yang lazimnya diperbuat daripada isi ikan tenggiri diubahsuai kepada telur sotong.

” Alhamdulillah pelanggan kami dapat menerima dan jualan kami laris,” katanya.

Selain perubahan menu, keluarganya juga kini mula berjinak-jinak menjual produk mereka secara dalam talian.

” Kami juga mula menghasilkan produk Satar dan Otak-Otak sejukbeju dengan pelbagai variasi,” katanya.

Warung Satar Pok Nor yang terletak berhadapan Balai Polis Batu Rakit ini beroperasi setiap hari bermula 11 pagi sehingga 7 petang.

Pelanggan yang berminat boleh menghubungi mereka ditalian atau lawati laman instagram mereka Satar Pok Nor.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  2  =