Osman stabil tetapi belum pulih sepenuhnya

 Osman stabil tetapi belum pulih sepenuhnya

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang diserang angin ahmar pada 13 Oktober lalu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Mohd. Solihan Badri memberitahu, namun Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga beliau belum dapat menggerakkan anggota badannya.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Johor, Mohd. Solihan Badri

“Datuk Osman masih perlu mengambil masa untuk mendapatkan rawatan dan kini sedang dirawat di Hospital Serdang,” katanya ketika ditanya perkembangan terkini tentang bekas Menteri Besar itu hari ini.

Osman, 70, dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 yang pertama daripada BERSATU selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau yang juga Ketua BERSATU Bahagian Ayer Hitam memegang jawatan tersebut selama 11 bulan sebelum melepaskan jawatan pada April 2019.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *