Orang Asli semangat terima vaksinasi COVID-19 di rumah buluh

 Orang Asli semangat terima vaksinasi COVID-19 di rumah buluh

Pengarah JAKOA Pahang, Johari Alwi dan Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Dr Rafidah Mahmud (kanan) bertemu masyarakat Orang Asli pada Program Outreach Vaksinasi (POV) Covid-19 di Kampung Meter, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

LIPIS, 21 Jun – Kesanggupan masyarakat Orang Asli untuk menerima suntikan begitu menggalakan selepas Program Outreach Vaksinasi (POV) COVID-19 diadakan disetiap pelusuk kampung daerah ini.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Pahang,Johari Alwi berkata sebelum ini kempen untuk menerima suntikan vaksin yang diadakan pihaknya kurang mendapatan sambutan daripada masyarakat berkenaan.

Bagaimanapun katanya, selepas Program Outreach Vaksinasi (POV) dilancarkan pada 16 Jun lalu dan kumpulan pegawai dan jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mula masuk ke kampung, sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

“Ramai Orang Asli secara suka rela mengisi borang untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 selepas mereka melihat ramai jiran dan rakan sekampung menerima suntikan berkenaan.

“Saya difahamkan ramai penduduk yang tidak mendaftar datang apabila Program Outreach Vaksinasi (POV) diadakan di kampung mereka, dengan harapan berpelung menerima suntikan tanpa perlu menunggu.

“Disebabkan vaksin yang terhad disediakan oleh KKM mereka yang tidak berdaftar awal serta daftar lewat perlu menunggu giliran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Outreach Vaksinasi (POV) COVID-19 yang diadakan di Kampung Meter di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Betau, kelmarin.

Hadir sama Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Dr Rafidah Mahmud selaku pakar rujukan program berkenaan.
Johari berkata, kini hampir 1,000 masyarakat Orang Asli di negeri ini menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac yang disediakan kerajaan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Rumah tradisional masyarakat Orang Asli dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampung Meter. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Menurutnya, di negeri ini terdapat seramai 54,000 masyarakat Orang Asli yang layak untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 namun sambutan yang diterima sebelum ini amat rendah disebabkan pengaruh cerita yang tidak benar disebarkan pihak tidak bertanggungjawab

“Saya bersyukur selepas Program Outreach Vaksinasi (POV) diperkenalkan minggu lalu sambutan masyarakat Orang Asli begitu menggalakkan, mereka secara sukarela mengisi borang vaksinasi yang disediakan dan memulangkan kepada Tok Batin dan jawatankuasa dilantik disetiap penempatan

“Selain dewan turut dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ialah rumah tradisional penduduk dibeberapa kampung terpilih, kerjasama diberikan pegawai dan jururawat KKM menjadi faktor utama kejayaan program terbabit,” katanya.

Jururawat Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Nur Shahira Mohd Basri memberi suntikan vaksin Covid-19 pada masyarakat Orang Asli. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Bagi Wak Song Andong, 56 yang menetap RPS Betau, dekat sini dia bersyukur apabila diberi peluang menerima vaksinasi COVID-19 secara sukarela tanpa perlu menunggu terlalu lama selepas mendaftar menggunakan borang pendaftaran yang disediakan Tok Batin.

Menurutnya, dengan adanya Program Outreach Vaksinasi (POV) dia tidak perlu pergi ke pusat pemberian vaksi disediakan kerajaan di klinik dengan perjalanan jauh, sebaliknya hanya tunggu sahaja rombongan pegawai KKM datang ke kampung untuk memberi suntikan.

Warga emas Orang Asli, Salbiah Abdullah, 85 menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam kereta diperkarangan Dewan Orang Ramai Pos Pantos. Foto WMY/Mohd Fikri Mie

Katanya, perasaan takut yang sebelum ini tebal bermain dibenak fikiran dapat dikikis apabila dapat bertemu ramai jiran sekampung, kami sama-sama mendaftar, mendengar taklimat ringkas dan menunggu giliran untuk menerima suntikan.

“Perasaan takut semakin berkurangan apabila menerima layanan terbaik daripada pegawai perubatan dan jururawat yang bertugas, mereka begitu profesional memberi perkhidmatan walaupun terpaksa berjalan jauh untuk sampai ke kampung kami.

“Saya bersyukur impian untuk mendapatkan vaksin COVID-19 yang disarankan kerajaan akhirnya menjadi kenyataan, dos pertama sudah diterima tanpa sebarang masalah,” kata nenek lima cucu itu.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  2  =