OPS Khas Samseng Jalanan, 218 saman dikeluarkan Polis Sg Buloh

 OPS Khas Samseng Jalanan, 218 saman dikeluarkan Polis Sg Buloh

Foto IPD Sungai Buloh

SUNGAI BULOH, 22 Jun — Bertindak di atas maklumat orang awam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah dan Balai Polis Saujana Utama telah menjalankan Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar Jalan Bukit Cherakah.

Bermula pada jam 4 petang Isnin dan tamat pada jam 12 tengah malam Selasa, seramai 5 Pegawai Kanan Polis dan 28 Pegawai Rendah Polis terlibat dalam operasi tersebut.

Sepanjang operasi, seramai 58 orang dan 51 motosikal telah diperiksa manakala sebanyak 218 keping saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan jalan raya.

Selain itu, sebanyak 14 buah motosikal telah disita di atas kesalahan tiada lesen, LKM dan ubah suai motosikal. Manakala 26 kompaun dikeluarkan di atas kesalahan pelanggaran Prosedur Operasi Standard Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

82  −    =  73