Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Operasi sanitasi awam cegah kebarangkalian jangkitan – Hizwan Ahmad

Nor Hizwan Ahmad, Setiausaha Politik Kepada Menteri KPKT
KUALA LUMPUR, 4 Jun — Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjalankan lebih 26,000 operasi sanitasi di seluruh negara sejak pandemik COVID-19 melanda negara pertengahan Mac tahun lalu.
Langkah ini diambil sebagai antara usaha bagi mencegah kebarangkalian jangkitan daripada berlaku.
Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan, Nor Hizwan Ahmad berkata usaha ini kini masih diteruskan dalam sebagai salah satu langkah yang dipersetujui dan diluluskan kerajaan.
Dalam sebuah kenyataan balas kepada Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Hizwan berkata , rakyat memerlukan jaminan dan menghargai sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi meminimakan risiko jangkitan.
Sebelum ini Dr Adeeba dilaporkan mendakwa operasi sanitasi awam yang dibuat di seluruh negara merupakan pembaziran sumber.
Hizwan menjelaskan memandangkan varian-varian baru yang sudah pun berada dalam komuniti, ini menunjukkan bahawa perkembangan virus ini sangat pantas dan berubah-ubah.
“Tambahan pula, ia difokuskan di kawasan yang telah disahkan mempunyai kes aktif COVID-19.
Proses sanitasi ini bukanlah proses desinfeksi semata-mata. Istilah sanitasi awam ini merangkumi aktiviti nyah cemar, disinfeksi dan cucian serta sanitasi awam,” jelasnya.
Hizwan berpendapatan proses sanitasi awam yang dilakukan jauh lebih menyeluruh dan bukan sekadar disinfeksi sahaja.
“Sanitasi awam ini juga merupakan salah satu terapan norma baharu yang ingin dijadikan budaya dalam masyarakat agar masyarakat sentiasa berada dalam keadaan selamat, bersih dan sihat,” katanya.
Sehubungan itu, Hizwan menyeru agar Dr Adeeba Kamarulzaman yang juga merupakan salah seorang panel dalam Task Force COVID-19 Selangor untuk menumpukan fokus beliau kepada negeri Selangor yang mencatat kes tertinggi seluruh negara saban hari.
“Marilah bersama mencari jalan keluar kerana sekarang bukan masanya untuk mencari salah sesiapa,” katanya.
Hizwan turut mengingatkan Dr Adeeba Kamarulzaman dan kesemua pihak yang acapkali mengkritik usaha kerajaan supaya akur dan menghargai sebarang usaha kerajaan dalam memastikan penularan COVID-19 dalam negara.