Operasi mencari dan menyelamat warga emas hilang diteruskan pada hari kelima

 Operasi mencari dan menyelamat warga emas hilang diteruskan pada hari kelima

Penduduk menemukan motosikal dipercayai milik mangsa dalam hutan di Kampung Bukit Mali, Hulu Besut.

JERTIH, 8 Jul — Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas dari Kampung Lubuk Kawah, dekat sini yang dilaporkan hilang pada Ahad lalu, diteruskan hari ini, iaitu hari kelima.

Mangsa, Yaacob Lateh, 83, dilaporkan keluar bersendirian dengan sebuah motosikal meninggal rumah kira-kira jam 8.30 pagi pada Ahad dan tidak pulang sehingga hari ini.

Yaacob Lateh, 83

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, sebaik menerima laporan kehilangan warga emas berkenaan pasukan keselamatan bersama penduduk kampung bertindak mencari mangsa.

Katanya, hari kedua pencarian mangsa penduduk kampung menemukan sebuah motosikal Modenas Kriss dipercayai milik mangsa di dalam hutan di Kampung Bukit Mali,Hulu Besut,kira-kira 15 kilometer dari kampung mangsa.

Abdul Rozak berkata, ketika ini pasukan pencari dan penyelamat dengan kekuatan 55 anggota terdiri daripada polis, Rela, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung giat mengesan mangsa selepas menemukan motosikal berkenaan.

“Tumpuan pencarian kini membabitkan kawasan hutan di Kampung Bukit Payong dan Bukit Mali di Hulu Besut,” katanya kepada media.

Beliau berkata, Yaacob yang mengalami masalah lemah daya ingatan ketika keluar meninggalkan rumah dengan memakai baju T lengan panjang kuning, kain pelikat dan kopiah.

Katanya, penemuan motosikal milik mangsa pada kira-kira jam 5 petang Isnin memberi petunjuk mangsa dipercayai berada dalam hutan berhampiran.

“Motosikal ditemukan dalam keadaan terbalik dan terdapat sepasang selipar berhampiran dipercayai milik mangsa dan dipercayai berjalan kaki untuk keluar dari kawasan tersebut,” katanya.

Mohammad Ishak

ishak@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  1