Nyanyian Aina Abdul sampai Korea

 Nyanyian Aina Abdul sampai Korea

PETALING JAYA : Penyanyi, Aina Abdul, tidak menyangka perkongsiannya di laman YouTube dan Instagram menyanyikan lagu K-Pop berjaya mencuri perhatian peminat dari Korea Selatan.

Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, selagi ada ruang mempamerkan bakat, dia akan menggunakan peluang yang ada sehabis baik.

“Lebih sebulan dimuat naik, lagu Sepi sudah ditonton hampir 700,000 tontonan dalam YouTube. Ini antara sebab mengapa saya nekad merakamkan lagu Sepi dalam bahasa Korea.

“Peluang ini juga hadir selepas bintang YouTube dari Korea Selatan, HOONDOTV membuat video dan menyanyikan semula lagu Sepi.

“Liputan mengenai video mereka itu membantu memperkenalkan nama sehingga menjadi perhatian, selain Ainations tidak henti mempromosikan nama saya.

“Terima kasih Ainations sebab merekalah semuanya menjadi realiti. Mereka tidak henti-henti komen di YouTube HOONDOTV untuk menyanyikan semula lagu Sepi,” katanya.

Penyanyi lagu Sumpah itu berkata, dia berterima kasih kepada Alice yang juga rakan lamanya yang banyak membantu menterjemahkan lirik lagu Sepi ke dalam bahasa Korea.

“Alice yang menetap di Korea Selatan juga memastikan sebutan saya dalam bahasa Korea betul. Saya lega apabila Alice mengatakan percubaan saya menjadi.

“Namun, saya tidak boleh terus selesa dan sentiasa terbuka untuk terus mengasah bakat termasuk menyanyi dalam bahasa Korea dengan baik,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =