• Sunday, 20 June 2021, 11:48 am

NPC puji langkah vaksinasi wartawan

 NPC puji langkah vaksinasi wartawan

Foto WMY/Supian Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) memuji langkah kerajaan mempertimbangkan memberi vaksin kepada hampir 6,000 pengamal media di negara ini.

Timbalan Presiden NPC, Haresh Deol dalam sebuah kenyataan berkata, pengumuman oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin pada 25 Mei lalu disambut baik warga media dan amat dialu-alukan.

“Langkah ini akan melindungi pengamal media yang bertungkus-lumus melaporkan berita dari lapangan kepada rakyat,” katanya semalam.

Tambah Haresh, langkah ini juga ibarat satu pengiktrifan kerajaan khususnya Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia terhadap peranan serta tugas warga media.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia termasuk warga emas dan pekerja dalam industri lain turut menerima vaksin dalam usaha mematahkan rangkaian COVID-9 dan melindungi negara kita serta mencapai imuniti kelompok,” katanya.

Haresh mewakili warga media mengucapkan trima Kasih kepada kerajaan atas keprihatinan tersebut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *