• Sunday, 20 June 2021, 8:15 am

Notis pindah 13 keluarga Orang Asli Mah Meri dilanjutkan

 Notis pindah 13 keluarga Orang Asli Mah Meri dilanjutkan

SEPANG 17 MEI 2021. Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah yang dikeluarkan ole Pejabat Tanah/Daerah Sepang bertarikh 20 April 2021 dilekatkan disebuah struktur binaan di Kampung Orang Asli Bagan Lalang. WMY/SUPIAN AHMAD

Oleh Supian Ahmad

SEPANG, 19 Mei – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Pejabat Daerah/Tanah Sepang melanjutkan notis perpindahan 13 keluarga Orang Asli Mah Meri di Bagan Lalang kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sebelum ini, penduduk Perkampungan Orang Asli Bagan Lalang itu menerima notis bertarikh 20 April 2021 daripada kedua pihak yang meminta mereka mengosongkan kawasan tersebut dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut.

Tinjauan Wacana.my semalam mendapati, notis pengosongan itu ditampal di setiap rumah serta struktur binaan lain.

Antara penduduk awal di Kampung Orang Asli Bagan Lalang, Tinya Anak Antan (dua, kanan) bersama beberapa penduduk berbual diperkampungan yang sudah melebihi usia lebih 30 tahun.

Dalam notis daripada PNSB pada 20 April 2021 lalu, entiti adalah pemilik tanah bagi tapak yang dikenali sebagai Plot No.69, HS(D) 18372; PT 5249, Plot No 70, HS(D) 18373, PT5250 dan HS(D) 37248, PT 9925, Mukim Sepang, Daerah Sepang, Negeri Selangor.

PNSB menyifatkan tindakan penduduk Orang Asli Mah Meri menduduki atau menghuni tapak tersebut tanpa kebenaran pihaknya adalah satu tindakan pencerobohan.

PNSB dalam notis sama berkata, tindakan itu mematuhi notis tersebut mesti dilakukan dengan aman dan damai serta dalam keadaan baik manakala segala kos dan perbelanjaan berkaitan pengosongan tapak itu adalah ditanggung oleh penduduk terlibat.

Seorang penduduk di Kampung Orang Asli Bagan Lalang berjalan di kawasan perkampungan yang sudah melebihi usia lebih 30 tahun . 

Mereka juga tidak dibenarkan untuk menuntut daripada PNSB sebarang bayaran yang telah dibelanjakan ke atas tapak tersebut.

Notis Pejabat Daerah/Tanah Sepang pada notis tarikh yang sama menyebut, penduduk terlibat telah didapati melakukan kesalahan membina struktur binaan rumah/pondok dan lain-lain di atas tanah kerajaan selaras dengan kesalahan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Musolla Al-Qamar yang dibina untuk orang awam lebih kurang dua bulan yang lalu di Kampung Orang Asli Bagan Lalang . 

Wacana.my dimaklumkan 13 keluarga Orang Asli Mah Meri itu menduduki tapak tersebut sejak lebih 30 tahun lalu.

Namun notis pengosongan itu mencetuskan masalah di kalangan penduduk terlibat yang rata-ratanya tidak mempunyai tempat untuk dituju selepas notis itu dikeluarkan.

“Pada masa yang sama, kami berharap agar perkampungan ini terus dikekalkan sebagai pusat tarikan pelancong khususnya kepada masyarakat luar,” kata mereka.

Terdahulu, notis yang dikeluarkan kepada penduduk kampung mendapat liputan daripada pelbagai media tempatan. Tidak kurang juga ada netizen yang menggesa campur tangan kerajaan bagi menyelesaikan kemelut berkenaan.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *