Nonny bikin panas lagi, kali ini berkemban dalam besen pula

 Nonny bikin panas lagi, kali ini berkemban dalam besen pula

Oleh Farhana Ab Rahman

PETALING JAYA : Perkongsian gambar terbaharu pelakon Nonny Nadirah di laman Instagram miliknya, yang hanya berkemban di dalam sebuah besen dengan kapsyen ‘SOAP‘ (sabun) malam tadi mengundang pelbagai reaksi banyak pihak.

Setakat jam 12 tengah hari ini, perkongsian tersebut telah mendapat lebih 500,000 tontonan.

Rakan baik Nonny iaitu Mila Jirin yang pernah meluahkan keresahannya berhubung isu berkenaan sebelum ini meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat temannya itu.

“Jika mengenai cerita Nonny, maaf kerana saya memilih untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang itu.

“Kita doa yang baik-baik buat Nonny kerana dia seorang yang baik,” balas Mila secara ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada Wacana.my

Beberapa hari yang lalu Nonny memuatnaik gambarnya membuka hijab, dengan memakai kemeja putih, dengan jelas nampak coli berwarna hitam, seluar pendek dan berstoking jarang.

Mila juga meluahkan rasa sedih dengan tindakan sahabat baiknya itu dan berharap Nonny tidak mensia-siakan hidayah Allah.

Malah, Mila turut berkongsi mengenai hubungan rapat dan kenangan mereka ketika bersama-sama ke Tanah Suci, Makkah dan Madinah untuk menunaikan umrah pada 2019.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  56  =  61