• Sunday, 20 June 2021, 3:03 pm

#WAAW: Nona saingan Dolla?

 #WAAW: Nona saingan Dolla?

Oleh Farhana Ab Rahman

Dianggotai oleh Raja Nuraizureen Raja Azahari, 25 (Nona Raja), Low Kar Yee Angela, 26 (Nona Lela) dan Erika Rianty Anthony, 21 (Nona Rika),

PETALING JAYA : Pasangan selebriti, Stacy dan Akim Ahmad menerusi syarikat rakamannya, Rhythm & Rhyme Entertainment ‘melahirkan’ kumpulan NONA yang terdiri daripada tiga wanita.

Dianggotai oleh Raja Nuraizureen Raja Azahari, 25 (Nona Raja), Low Kar Yee Angela, 26 (Nona Lela) dan Erika Rianty Anthony, 21 (Nona Rika), Nona satu lagi bukti semangat dan kualiti yang dihasilkan pasangan suami isteri itu.

Menurut Stacy, perjalanan untuk merealisasikan Nona mengambil masa panjang sebelum mereka berjaya disatukan dengan kemunculan single sulung, Kasuari selain video muzik yang dilancarkan secara rasmi semalam di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment.

“Perancangan nak mewujudkan Nona ini sejak 2019 lagi, tapi agak terbatas sebab sibuk dengan kerja sendiri. Apabila sudah ada pengetahuan dan berdasarkan pengalaman, jadi saya dan Akim memikirkan sudah sampai waktu untuk berkarya kepada orang lain pula.

“Pada awalnya, Nona ada ramai dan banyak kali bertukar. Ketika itu kami masih mencari kekuatan dan karakter yang perlu dibawa Nona. Jadi apabila sudah dapat top 3, baru kami mulalan latihan iaitu sejak Oktober tahun lalu. Sejak itu, saya banyak masa dengan mereka.

“Macam Raja dan Lela mereka adalah penari profesional dan sudah biasa mengiringi persembahan penyanyi lain. Sementara Rika pula adalah bekas protege saya dalam Mentor Milenia. Jadi, nak menjadikan Raja dan Lela penyanyi dan Rika penari adalah cabaran,” ujar Stacy.

Ditanya adakah kemunculan Nona bakal memberi saingan baharu kepada kumpulan Dolla yang kian mencipta nama, Stacy berkata ia adalah perkara biasa dalam bidang muzik selain mahu menyajikan sesuatu yang baharu kepada peminat.

“Inilah kerja kami sebagai anak seni. Di mana bukan setakat nyanyi, apabila ada permintaan apa boleh dibuat mungkin pada generasi baru, dalam tak sedar memberi warna dan saingan sihat pada industri untuk terus ikut perjalanan muzik yang ada.

“Sejak kebelakangan ini pun peminat semakin suka dengan ‘band girl’. Dulu saya pernah terbabit dalam grup Evoke, jadi ada pengalaman sikit. Apabila Dolla dan Defam muncul, ia sedikit sebanyak memberi semangat untuk orang lain juga. Bagi yang suka dengarkan K-Pop, boleh jadikan M-Pop pula sebagai muzik pilihan selepas ini.

“Orang Malaysia ramai berseni. Cuma kena diberi peluang mencuba dan belajar. Nak cari yang mahu terbabit dalam bidang ini ramai, tapi nak yang cari pandai dengar dan ikut kata, susah. Jadi Nona akan sama-sama memberikan saingat sihat,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *