• Thursday, 17 June 2021, 1:34 pm

Nilai R boleh turun jika strategi menjadi – Dr Razreen

 Nilai R boleh turun jika strategi menjadi – Dr Razreen

Dr Razreen Amim Rusli

KUALA LUMPUR, 8 Jun —Ā  Seringkali kita terbaca pakar kesihatan membincangkan tentang nilai ‘R’.

Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah memuatnaik kenyataan mengenai Ro/Rt COVID-19, namun adakah kita sebagai pembaca harian memahami apa itu nilai R.

Wacana.my mendapatkan ulasan daripada Dr Razreen Amim Rusli untuk menjelaskan maksud Nilai R agar mudah difahami semua.

“Nilai R adalah kebolehjangkitan satu kes positif kepada orang lain, Ia digunakan untuk meramal berapa orang yang mungkin akan mendapat jangkitan,” katanya ketika dihubungi.

Dr Razreen memberi contoh jika nilai R ialah 2.2 ia bermaksud 10 kes positif boleh menjangkiti 22 orang yang lain.

“Semakin tinggi nilai R semakin ramai orang yang akan mendapat jangkitan,” jelasnya.

Dr Razreen berkata dengan nilai R tersebut, kerajaan dapat mengetahui sama ada strategi yang sedang dilakukan bagi membendung wabak COVID-19 ini berjaya atau tidak.

“Jika nilai R menurun, ia menunjukkan strategi yang sedang dilakukan berkesan,” katanya.

Justeru, ini bermakna dengan lockdown, dan lebih ramai orang yang mengambil vaksin, nilai R naught ni akan lebih rendah, dan semestinya kita hendaklah sentiasa mengikut SOP yang ditetapkan.

Semalam, Dr Noor Hisham menyatakan kadar nilai R negara berada pada tahap 0.99.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *