Nikmati kerapu bara RM400 seekor

 Nikmati kerapu bara RM400 seekor

Oleh Mohd Kamal Ahmad

JOHOR BAHRU, 12 Feb: Norzaki Yacob, seorang kaki pancing yang telah meneroka banyak lubuk di kawasan Felda di Kota Tinggi untuk memancing haruan selain perairan Kong Kong dan rata-rata muara Sungai Johor untuk memburu merah pucat, jenahak, siakap dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini, Zaki berjaya memancing kerapu bara – ikan karang yang disifatkan mahal dan berstatus tinggi. “Tak berat sangat… 5 kilogram saja,” katanya. Kerapu bara 5 kg dianggap saiz biasa?

Trip itu dilakukan pada awal pagi Sabtu pada Oktober lalu, apabila Zaki dan krew – Aswad Yacob serta Bambang Hartino bersama tekong, Adam Mat Zin bergerak dari jeti Tanjung Lompat menuju destasi. Bot gentian kaca 27 kaki itu meluncur laju dipacu enjin Mercury dengan 150HP. Bot saiz ini memang selesa untuk  empat pemancing. Mereka mencari umpan ikan hidup sebagai tambahan udang hidup yang dibawa.

Tiba di lokasi, Zaki menggunakan set Expert Hammer Head PE 2.5. Untuk mesin, beliau memilih Shimano Twin Power 4K. Kerana menyokong prinsip sport fishing yang saksama, Zaki hanya menggunakan tali 20 paun PowerPro manakala tali perambut YGK Floro Carbon 40 paun.

Set ini dikira sporting kerana ikan masih berpeluang berjuang melepaskan diri. Yang perlu ada pada pemancing seperti Zaki ialah skill. Jika kita gunakan set heavy duty, sudah pasti ikan akan tumpas. Tetapi jika setnya light action, pertarungan dianggap seimbang!

Lokasi pancing Zaki ini terletak kira-kira 6 kilometer dari Tanjung Lompat dekat Desaru. Lubuknya dikesan pada kedalaman kira-kira 15 hingga 20 meter.

Akhirnya, umpan udang hidup Zaki disambar mangsa. Pertarungan kira-kira 12 minit dan beliau tidak menyangka seekor kerapu bara (Epinepheluc fasciatus) yang menyerah kalah. Kerapu bara 5 kg didaratkan. Kalau mengikut harga pasaran, ia mencecah RM65 hingga RM70 sekilogram. Harganya turut dipengaruhi kesukaran untuk memancing dan kualiti dagingnya gred AAA. Spesies ini lazimnya ada di lubuk lebih jauh dari pantai. Ia mendiami kawasan batu karang yang subur dan bersih.

“Malam itu, kami masak asam pedas dan bahagian kepala dimasak kari. Kalau mengikut harga di restoran, dua hidangan ikan kerapu bara ini boleh mencecah RM400,” katanya sambil memberitahu hidangan itu dinikmati bersama keluarga selepas menamatkan trip jam 5 petang hanya cuma 30 minit dari lubuk ke jeti.

Terima kasih kepada Zakie Maiza Adventure yang membekalkan gambar untuk artikel ini serta video di bawah:

Related post

1 Comment

  • Papa saya memang terbaik 👍🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18  −  15  =