• Thursday, 17 June 2021, 12:50 pm

Nikmat fotografi jalanan dan kamera filem

 Nikmat fotografi jalanan dan kamera filem

BILA bercakap mengenai teknologi fotografi pada hari ini, kita hampir tidak terkejar dengan perkembangan yang  dipaparkan sama ada menerusi majalah, akhbar atau laman web sesebuah jenama kamera itu sendiri.

Sebut sahaja jenama itu atau ini, pasti setiap satu model kamera dilengkapi dengan ciri-ciri merakam gambar dengan teknologi tinggi dan canggih secara digital.

Pastinya tugas jurugambar akan lebih mudah dengan kamera digital yang harganya pada hari ini semakin ‘garang’ di pasaran, namun masih ada pengamal industri yang lebih selesa berkarya menggunakan cara lama.

Saya masih lagi gemar menggunakan kamera filem yang berusia 68 tahun untuk merakam gambar, terutamanya genre street photography.

Lebih sedekad menggunakan kamera digital untuk membuat tugasan harian bersama agensi berita dari dalam dan luar negara, saya berpendapat amat penting untuk seorang jurugambar kembali kepada akarnya iaitu untuk terus berlatih dan mempraktikkan asas fotografi.

Belajar untuk membaca cahaya, cuaca, bukaan aperture, kelajuan pengatup secara manual tanpa bantuan peralatan digital yang pastinya akan menjadikan anda seorang jurugambar yang lebih berkualiti.

Sejak kebelakangan ini, ramai yang berminat untuk kembali menggunakan filem dan makmal-makmal fotorafi mula dibersihkan, bilik gelap komuniti muncul dan penjualan filem semakin berkembang pesat.

Ini satu perkembangan yang baik dan fotografi filem kini semakin besar dan popular di negara kita.

Kedengaran leceh dan rumit, namun itulah ‘thrill’ jika anda mahu menjadi seorang pembidik gambar yang bukan hanya hebat menggunakan teknologi digital, malah manual juga.

Antara sebab kenapa saya menggunakan kamera filem ialah

  • Tak perlu terburu-buru, menggunakan kamera manual membuatkan kita lebih memberi perhatian lebih kepada komposisi dan juga pendedahan dan fokus.
  • Ia membuatkan kita lebih memahami aspek teknikal kamera dengan lebih baik.
  • Tak perlu lihat LCD, makanya sepanjang masa kita akan dapat menumpukan perhatian pada waktu itu, jadi lebih banyak peluang untk mendapatkan ‘moment’
  • Gambar yang dirakam akan lebih konsisten kerana tiada ruang untuk mengubah karekteristik sesuatu filem, ini adalah kerana setiap filem mempunyai karekter yag berbeza
  • Menggunakan kamera filem akan membuat kita berfikir dengan lebih kritis tentang bagaimana kita merakam dan memproses setiap gambar.
  • Kita akan lebih ‘memilih’ ketika mengambil gambar – lebih peka dengan persekitaran kita dan lebih banyak ‘di zon’. Kita juga akan lebih arif tentang apa yang hendak dirakam dan akan menjadi lebih kritis terhadap diri sendiri.
  • Hasil cetakan yang dibuat dari filem mempunyai ‘rupa’ yang nampaknya tidak dapat ditiru oleh digital.
  • Ia sentiasa memuaskan hati bila Kita mendapat kembali negatif yang dihantar, Percayalah.

Pernah menggunakannya? Cubalah dapatkan kamera lama dan gunakan untuk beberapa tugasan peribadi. Rasakan pengalaman yang ‘best’… percayalah ia amat ‘Best’.

Nota: Gambar yang disertakan ialah hasil dari beberapa kamera filem lama yang saya miliki dan masih gunakan untuk merakam gambar. Saya menggunakan Voigtlander perkeo II 1952, Olympus OM10 (1972), Yashica Partner (1983)  

 

Supian Ahmad

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *