Nik Ezanee dilantik sebagai ADC Perdana Menteri

 Nik Ezanee dilantik sebagai ADC Perdana Menteri

SAC Nik Ezanee

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor SAC Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik sebagai aide-de-camp (ADC) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Pelantikan itu berkuat kuasa hari ini dan kekosongan jawatan ketua CID akan diisi tidak lama lagi.

Nik Ezanee, 43, dilantik sebagai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor pada 12 April tahun ini selepas memegang jawatan sebagai Ketua Polis daerah Petaling Jaya bermula 17 Feb 2020.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ACP Perhubungan Antarabangsa di Sekretariat Ketua Polis Negara (Pentadbiran) di Bukit Aman pada 2016

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

22  −    =  12